Friday, June 19, 2009

Keindahan alam dan diri



Alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa dan Berkuasa ini amat luas untuk ditafsirkan atau dihuraikan. Keluasan alam maha indah ini bukanlah sekadar dilihat bermula pada pandangan mata yang merenung..tetapi luasnya alam yang tiada bertepi ini sebenarnya bertitik mula pada hati yang insaf tunduk memikirkan kebesaran zat Tuhan yang Maha Agung.




Keindahan hati untuk berasa lahirnya sifat bertuhan juga bermula pada akal yang berfikir. Disinilah alam ciptaan Tuhan Maha Esa ini mula dilihat. Merenung setiap kejadian alam langit tanpa tiang, bulan beredar tanpa tali, bintang bersinar tanpa henti, mentari membakar cahaya tanpa padam, siang bergerak tanpa jemu, malam hadir tanpa bertepi dan banyak lagi yang boleh direnungkan oleh hati dan akal.




Keindahan alam pula jika difikirkan sama erti dengan kecantikan pada diri yang hebat untuk akal melihat bahawa alam diri sama indah....Merenung setiap kejadian diri rambut terus panjang mengikut hari dan usia sedang gigi terus cantik menyusun bibir manis meniti usia tanpa panjang, sekeping hati penuh azam membakar semangat membina tamadun alam jika difikirkan hanya kecil dihujung jiwa..membengkok sendi pada tubuh merehat badan ketika keletihan merasa segar pada membaring tidur memberi ketenangan untuk esok bermula sebuah kehidupan yang lebih baru... itulah keindahan alam dan diri yang amat luas untuk difikirkan, hanya akal yang tahu sahaja untuk mengenal siapa mencipta dan siapa yang dicipta.




No comments:

Post a Comment