Saturday, June 20, 2009

Cahayahatiku Terus Bersinar








Tawa dan senyum memberi sinar sebuah kehidupan yang panjang,
Hati bertambah tabah jiwa terus membara membina masa depan yang cemerlang,
Azam kian bercambah impian semakin menjulang mencipta peluang mendatang,
Cahayahatiku mula melangkah meniti usia membesar tabah membelai kasih penuh barakah,
Harapan tinggi kepada Allah mengorak alam memimpin ummah tegak berdiri bersendikan Kalimah.
( CAHAYAHATIKU ....Mohd Adam Harith )






CAPAILAH BULAN DILANGIT tetapi ! JIKA GAGAL ?




Capailah bulan dilangit tetapi jika gagal....
usahlah bimbang kerana anda sedang berada di antara bintang-bintang !


Mengakui tidak layak untuk berjaya atau rasa tidak yakin untuk mencapai sesuatu matlamat sebelum betul-betul berusaha sebenarnya anda telah menafikan akan kebesaran Allah Taala. Kegagalan atau rasa putus asa sebenarnya adalah jarum berkesan suntikan Iblis untuk melemahkan hamba Allah daripada terus berusaha menjadi manusia yang berguna dan berjaya.

Kebesaran Allah yang ada didalam diri amat luar biasa iaitu betapa akal yang indah cantik bertahta berhias unik penuh data di atas kepala singahsana amat hebat untuk kita mula meneroka.

Minda kita mula berkata bahawa kita memiliki harta yang amat luar biasa menjadi kebanggaan dan keagongan pembina tamadun umat manusia dan pengubah dunia serta pengegar alam semesta iaitu OTAK .

Otak minda kita punya kekuatan yang amat luar biasa iaitu :
  • Potensi Minda ialah keupayaan seseorang untuk meningkatkan fungsi dan menggunakan kuasa pemikiransecara terancang dan maksimum.
  • Kajian menunjukkan manusia hanya menggunakan kurang dari 10 % keupayaan mindanya.
  • Kita adalah natijah dari apa yang kita fikirkan tentang diri kita
  • Minda anugerah Allah yang paling berharga
  • Ramai yang tidak menghargainya kerana tidak menggunakan dengan sepenuhnya atau menggunakan kepada perkara yang salah.
  • Minda boleh dilatih dan diajar.
  • Ramai orang yang berjaya kerana mempunyai minda yang mantap.
  • Cara berfikir perlu dididik dan boleh dibentuk dari masa ke semasa.
  • Orang yang jarang berfikir, paling minima mempunyai 10,000,000,000 sel otak (10 Ribu juta)
  • Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000(1 ribu bilion / trilion)
  • Setiap sel otak mempunyai kebolehan seperti satu komputer besar (Alexender Rich, Profesor of Biopyysics)

Maka... wahai saudaraku yang mulia, berusaha untuk mencapai bulan dilangit ialah membina keazaman yang kental untuk mencapai suatu cita-cita yang amat besar atau impian emas yang amat bernilai. Meletakkan satu sangkaan yang baik terhadap takdir kita apa yang akan berlaku memberi maksud juga kepada bersangka baik kepada Allah Taala bahawa apa yang akan berlaku kepada diri kita sememangnya adalah terbaik daripada Allah untuk hambaNya. Ramai tokoh yang berjaya mencapai impian mereka terlebih dahulu mereka sentiasa berkata-kata pada diri atau membaca nota emas diary berhari-hari atau terus berulangkali dengan ungkapan " aku akan jadi itu....aku akan capai ini...aku akan miliki itu....aku akan miliki ini" dan banyak lagi kata-kata ungkapan keramat yang diulang-ulang dengan penuh yakin bahawa diri akan berjaya, berjaya dan berjaya !!

Seperti ungkapan tinta di atas .."KAMU AKAN JADI SEPERTI APA YANG KAMU FIKIRKAN" dan jika terus diungkap Firman Allah Ta'ala dalam Hadis Qudsi (bermaksud: Sesungguhnya sangkaanKu adalah menurut sangkaan hambaKu.......) Justeru itulah kita dilarang bersangka buruk kepada Allah Ta'ala kerana apa yang kita sangka buruk itu umpama kita terlebih dahulu mendahului takdir Allah ke atas kita, sedangkan siapa kita untuk memutuskan takdir yang akan berlaku? Lantaran itulah bersangka baik itu sebenarnya telah pun diajar oleh Islam kepada kita iaitu BERDOA !! Doa tersimpul segala hajat dan kehendak yang tiada terbatas.

Sebab itulah impian dan cita-cita kita bukan hanya terhenti untuk memiliki dunia semata-mata tetapi jauh menuju ke syurga Allah Ta'ala. Berusaha dan berdoa turut menjadi kunci utama untuk memantapkan minda yang sempurna bahawa janganlah terlebih dahulu berputus asa dengan ujian melanda atau cabaran dijiwa dan masalah-masalah yang menimpa kerana selagi akal waras terus meneroka segenap pelusuk minda yang luar biasa maka...Ingatlah esok yang indah masih ada untuk kita, teruslah berusaha dan janganlah kecewa, Allah Ta'ala Maha Kaya, Pintalah padaNya carilah jalan cahaya pembuka ketenangan dijiwa dan sedarlah betapa ujian yang diterima hanya penebus dosa-dosa atau juga mengangkat darjat yang lebih mulia dan tanda Allah kasih pada hambaNya.

( Cahayahatiku akan terus menukilkan lagi sambungan tinta dari minda...JIKA GAGAL USAHLAH BIMBANG........) TERIMA KASIH





Friday, June 19, 2009

Keindahan alam dan diri



Alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa dan Berkuasa ini amat luas untuk ditafsirkan atau dihuraikan. Keluasan alam maha indah ini bukanlah sekadar dilihat bermula pada pandangan mata yang merenung..tetapi luasnya alam yang tiada bertepi ini sebenarnya bertitik mula pada hati yang insaf tunduk memikirkan kebesaran zat Tuhan yang Maha Agung.




Keindahan hati untuk berasa lahirnya sifat bertuhan juga bermula pada akal yang berfikir. Disinilah alam ciptaan Tuhan Maha Esa ini mula dilihat. Merenung setiap kejadian alam langit tanpa tiang, bulan beredar tanpa tali, bintang bersinar tanpa henti, mentari membakar cahaya tanpa padam, siang bergerak tanpa jemu, malam hadir tanpa bertepi dan banyak lagi yang boleh direnungkan oleh hati dan akal.




Keindahan alam pula jika difikirkan sama erti dengan kecantikan pada diri yang hebat untuk akal melihat bahawa alam diri sama indah....Merenung setiap kejadian diri rambut terus panjang mengikut hari dan usia sedang gigi terus cantik menyusun bibir manis meniti usia tanpa panjang, sekeping hati penuh azam membakar semangat membina tamadun alam jika difikirkan hanya kecil dihujung jiwa..membengkok sendi pada tubuh merehat badan ketika keletihan merasa segar pada membaring tidur memberi ketenangan untuk esok bermula sebuah kehidupan yang lebih baru... itulah keindahan alam dan diri yang amat luas untuk difikirkan, hanya akal yang tahu sahaja untuk mengenal siapa mencipta dan siapa yang dicipta.




Wednesday, May 27, 2009


KEHEBATAN JIWA DAN MINDA......
Walaupun dunia telah berubah dengan seribu teknologi dan zaman bergerak pantas...namun apakah kita sedar bahawa...ada ketika dan kalanya kita masih belum banyak berubah. Perubahan yang kita rasai atau telah kita lakukan dilihat tidak memadai dengan apa yang sepatutnya kita perlu lakukan.
Kita terus membiarkan arus perubahan masa mempengaruhi kita tanpa kita berusaha meletakkan diri kita menjadi peneraju kemajuan atau pencipta kejayaan. Di ulit mimpi indah atau rasa selesa atau pun cukuplah apa yang ada atau pun juga bersikap malas berusaha terus meletakkan diri kita kadang-kala menjad penonton, pengguna atau pengkritik sahaja. Maka....bagaimana bagi mengatasi fenomena ini terus berterusan, apakah langkah yang harus dilakukan oleh kita!!

Tuesday, May 26, 2009

Kerja Adakah Ibadah

Kerja adalah ibadah : powerpoint
Setiap pekerjaan(yang pada lahirnya tidak dilarang oleh Allah), tidak akan menjadi baik melainkan apabila amal itu terbit daripada niatnya yang baik, bersih dan tulus kerana Allah. Ia tidak mencari sesuatu daripada amalan itu melainkan redha Allah semata-mata.
Usahlah bimbang dengan kesilapan dan kesalahan yang telah berlaku, segeralah berfikir dan sedarlah bahawa Allah sentiasa menanti hambaNya untuk memohon keampunan.


Cahayahatiku




Assalamualaikum !

Salam perkenalan dan pertemuan di dunia Tuhan yang maha luas ini. Cahayahatiku mula memancarkan suria. Kita bakal berkongsi tinta dan nota, Idea dan sumber minda yang kaya....sama-sama mengegarkan maya dengan satu cita-cita iaitu mahu menjadi manuia yang mulia, berjaya selamanya, kaya jiwa dan harta dan akhirnya memiliki dunia dan tinggal di syurga.